Salam, pada kali ini saya akan bercerita berkenaan hutang.. hak3, nampak agak kelakar kan??
Dalam konteks kita sebagai mahasiswa, mungkin fenomena ini jarang berlaku.
Hanya kepada segelintir sahaja. Itu pun jika mereka gagal untuk merancang perbelanjaan seharian mereka dengan baik. Kerana rata-rata pelajar mendapat sumber kewangan daripada pinjaman dan PTPTN dan bagi bernasib baik daripada JPA dan biasiswa yang lain.
Namun, perlu diingat. Tidak selalu nasib akan menyebelahi kita. Mungkin ada ketikanya kita terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan atas urusan-urusan yang memerlukan wang yang besar dengan kadar yang segera.
Hutang merupakan satu muamalat dalam Islam. Dan ia diharuskan oleh syarak bagi yang memerlukan. Islam sangat menggalakkan umatnya agar membantu sesama saudara mereka yang lain. Lebih-lebih lagi, dalam memenuhi keperluan asasi. Umpamanya keperluan dari segi makanan, minuman, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Di sini kita dapat lihat betapa Islam itu sangat menekankan individu itu untuk menjaga kebajikan saudara seakidah.

Dalam sebuah hadis ada menyebut:
" Maksudnya : [Daripada Abu Hurairah ( r.a ) berkata seseorang , Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? beliau bersabda : "memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya]. "(Darul Nu'man)
Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa pekerjaan yang paling baik adalah menolong menjelaskan hutang seseorang. Yang menjadi persoalan di sini adalah terdapat sebahagian daripada umat Islam yang sengaja melambat-lambatkan tempoh pembayaran hutang tersebut apabila sudah sampai waktu membayarnya. Pelbagai alasan yang diberikan bagi mengelak atau menagguh pembayaran hutang tersebut.
Terdapat beberapa implikasi dan kesan buruk yang akan menimpa kepada penghutang-penghutang yang enggan membayar hutang mereka. Kesan tersebut tidak terhad untuk di dunia sahaja malah mereka akan menerima akibat di akhirat kelak.
Nabi SAW bersabda:
" Maksudnya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)" "
Sabdanya lagi:
"[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]."
Rasullullah S.A.W juga mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang masih lagi terikat dengan pembayaran. Dia mesti melunaskan hutangnya dengan segera sementara masih hidup. Apabila sudah mati, dan masih dibelenggu dengan hutang maka rohnya akan tergantung sehinggalah hutang tersebut dijelaskan.
Sepertimana sabda Nabi S.A.W:
Justeru itu, kita disarankan agar cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan hutang. Rancang perbelanjaan dengan teliti. Berhutang apabila benar-benar terdesak dan di dalam keadaan yang sangat memerlukan. Di dalam doa Rasullullah yang ma'thur juga ada doa untuk mengelak daripada bebanan hutang.
Pesanan untuk diri sendiri. Semoga dapat diambil input dan difikir-fikirkan.
Sekian...
Wallahu'alam
Sepertimana sabda Nabi S.A.W:
"Maksudnya: Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. "Demikianlah implikasi daripada tidak menjelaskan hutang. Islam meletakkan hutang sebagai perkara yang wajib disegerakan urusannya supaya tidak terabai selain daripada pengurusan jenazah perlu segera dikebumikan. Jika seseorang hamba ingin melakukan amal sedekah wang contohnya. Adalah lebih afdal dia melangsaikan hutangnya terlebih dahulu. Kerana pada masa tersebut dia masih lagi dalam bebanan hutang dan melangsaikan hutangnya itu menjadi keutamaan dan lebih afdal dilaksanakan.
Justeru itu, kita disarankan agar cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan hutang. Rancang perbelanjaan dengan teliti. Berhutang apabila benar-benar terdesak dan di dalam keadaan yang sangat memerlukan. Di dalam doa Rasullullah yang ma'thur juga ada doa untuk mengelak daripada bebanan hutang.
" Ya Allah, aku berlindung pada-MU dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."
Pesanan untuk diri sendiri. Semoga dapat diambil input dan difikir-fikirkan.
Sekian...
Wallahu'alam